BM | EN | 中文

EMPAT MAUT KERETA BERTEMBUNG BAS

IMG-20191023-WA0004.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT : Empat maut selepas Proton Wira dinaiki terbabas sebelum melanggar bas awam di Jalan Abu Bakar Lebuhraya Sultan Iskandar, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Rafie Ahmad Sareng berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 5:31 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota diatur ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja menyelamat.

Advertisement

“Ketika tiba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kemalangan melibatkan Proton Wira telah terbabas dan melanggar sebuah bas awam Causeway Link dari arah bertentangan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan parah manakala empat mangsa lelaki dari Proton Wira disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang mangsa dari bas awam berkenaan selamat.

Advertisement

“Mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Hiew Hong Jun, 18, Danny Law Yen Pin, 18, Kenny Law Chin Shyuan, 16 dan Ng QiEn, 18,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan selanjutnya dan operasi ditamatkan jam 7.02 pagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top