BM | EN | 中文

Empat lelaki mengaku tidak bersalah menyerang Syed Saddiq di Ulu Tiram

serang-syed-saddiq.jpg

Empat individu mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyerang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Ulu Tiram pada 31 Januari lalu.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 FEB: Empat individu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menyerang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan niat menjatuhkan kehormatan beliau pada 31 Januari lalu.

Keempat-empat tertuduh, Norhanizam Ithnain, 38; Mohd Iskandar Masindra Rasidi, 37; Mohd Iskandar Afiq Abd Razak, 26, dan Ezzul Emran Abdul Rahim, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Mohd Zaki Abd Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di tapak perkhemahan Savannah Hill Resort, Ulu Tiram pada jam 9.30 malam.

Advertisement

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 355 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwaraya, Faizal Noorhadi memohon jaminan sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan alasan kejadian tersebut melibatkan seorang wakil rakyat dan Menteri.

Sementara itu, peguam tertuduh, Izzat Muhtar memberitahu, pihaknya bagaimanapun memohon dikurangkan jaminan dengan alasan keempat-empat tertuduh memberi kerjasama kepada polis berhubung kes berkenaan.

Advertisement

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Mohd Zaki juga turut menetapkan tarikh 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Kes turut dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Chan Choon Yew.

Advertisement

Turut hadir, Peguam Pemerhati daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Shufri Samad.

Pada 31 Januari lalu, Syed Saddiq mendakwa sekumpulan lelaki bertindak menyerang beliau semasa menghadiri Majlis Rapat Umum Armada Johor di Ulu Tiram.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top