BM | EN | 中文

Empat lelaki dipercayai warga Indonesia ditemukan lemas dekat Pantai Rambah, Pontian

Empat-lelaki-dipercayai-warga-Indonesia-ditemukan-lemas-dekat-Pantai-Rambah-Pontian.jpg

Gambar Ehsan FB AITO Firework

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT Empat lelaki dipercayai warga asing ditemui lemas apabila bot yang membawa mereka karam berdekatan Pantai Rambah, Pontian, pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang.

Katanya semua mangsa dipercayai berumur lingkungan 30an dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui.

Advertisement

Menurut Mahadir, bot mereka karam dipercayai kerana berlaku ribut di kawasan pantai itu pada awal pagi berkenaan.

“Mangsa juga disyaki cuba menyeludup masuk ke Malaysia melatui perairan negara menerusi Pantai Rambah,” katanya, lapor Bernama.

Katanya tiga mayat mangsa ditemui tersadai di celah pokok kayu bakau dan ditemui oleh orang kampung ketika mereka sedang memancing, manakala bot mereka ditemui terdampar di tepi pantai.

Advertisement

Mayat seorang lagi lelaki ditemui pada jam 7 20 pagi semalam, menurut Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib kira-kira 500 meter daripada pesisir pantai sama oleh orang awam.

Kesernua mereka dipercayal warga Indonesia berdasarkan penemuan sebuah beg sandang pada kayu bakau berhampiran, yang didapati mengandungi pengenalan diti, dipercayai milik salah seorang daripada mereka.

Mohammad Shofee berkata pihaknya menjangka kejadian bot karam itu tidak melibatkan unsur jenayah, dan semua mayat dibawa ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top