BM | EN | 中文

Empat lelaki dipercayai curi motosikal di sekitar Kulai diberkas

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Polis menahan empat lelaki di tiga kawasan berasingan di sekitar Kulai malam tadi, selepas dipercayai terlibat dengan beberapa kejadian curi motosikal di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua lelaki tempatan berumur 19 hingga 25 tahun itu ditahan pada kira-kira 7.30 malam di Kampung Baru Sengkang, Kelapa Sawit serta Taman Gunung Pulai oleh sepasukan anggota Cawangan Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, yang melakukan serbuan.

Beliau berkata penahanan kesemua mereka adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan berikutan kehilangan motosikal miliknya di sebuah gim di kawasan Kelapa Sawit, di Kulai, pada 18 Ogos lepas.

Advertisement

“Hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku terlibat dengan beberapa kejadian curi motosikal di sekitar kawasan Kulai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tok berkata hasil ujian saringan air kencing menunjukkan kesemua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine selain tiga daripada mereka didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC, tiga rangka motosikal serta dua casing enjin motosikal.

Advertisement

Kesemua mereka kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top