BM | EN | 中文

Empat lagi pegawai dan anggota beruniform ditahan terlibat sindiket penyeludupan migran

Ketua-Polis-Johor-Datuk-Ayob-Khan-1.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JUN: Empat lagi pegawai dan anggota agensi penguatkuasa ditangkap kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan migran menerusi dua serbuan berasingan dijalankan polis Johor, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek terlibat merupakan tiga pegawai Jabatan Imigresen dan seorang anggota Pasukan Polis Marin.

Katanya, tiga pegawai Imigresen berusia antara 30 hingga 48 tahun yang ditahan semalam bertugas di Terminal Feri Pasir Gudang dan dipercayai telah bergiat aktif dengan sindiket terbabit sejak Mac lalu.

Advertisement

“Modus operandi mereka adalah dengan menyediakan cop Imigresen Malaysia dipercayai palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang telah tamat tempoh pas lawatan sosial sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.

“Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1,500 hingga RM2,500 bagi setiap seorang migran,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 26A, ATIPSOM 2007 dengan menggunapakai prosedur siasatan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Advertisement

Sementara itu, seorang lagi suspek berusia 41 tahun yang merupakan seorang anggota Pasukan Polis Marin bertugas di Putrajaya dan ditahan pada 19 Jun lalu.

“Suspek dipercayai telah aktif bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran sejak Mei 2017.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 130V hingga 130VB Bab 6B Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan dengan menggunapakai prosedur siasatan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” ujarnya.

Advertisement

Tambah Ayob Khan, sehingga kini pihaknya telah menahan seramai 22 pegawai dan anggota penguatkuasa yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran khususnya di pantai timur negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top