BM | EN | 中文

Empat jeti feri antarabangsa di Johor ditutup mulai 21 Mac

Feri_Selatpanjang_-_Batu_Pahat.jpg

Gambar Ehsan pelitariau.com

JOHOR BAHRU, 23 MAC: Selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020, Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Selatan memaklumkan pemberhentian sementara operasi di empat jeti antarabangsa di negeri ini bermula 21 Mac.

Pengarah JLM Wilayah Selatan, Dickson Dollah dalam satu kenyataan hari ini berkata, jeti tersebut diberhentikan sementara waktu berkuatkuasa 21 Mac 2020.

Empat jeti antarabangsa tersebut adalah:

1.TERMINAL FERI PENUMPANG MUAR (disebabkan penutupan akses masuk oleh Dinas Perhubungan Kota Dumai Dan Kebupaten Bengkalis)

2. TERMINAL FERI MINYAK BEKU BATU PAHAT (disebabkan penutupan akses masuk oleh Kantor Kesyahbandaran & Otoritas Pelabuhan Selat Panjang)

3. TERMINAL FERI TANJUNG PENGELIH (disebabkan penutupan akses masuk oleh kerajaan Singapura)

4. TERMINAL FERI TANJUNG BELUNGKOR (disebabkan penutupan akses masuk oleh kerajaan Singapura)

“Sebagai alternatif, para penumpang feri warganegara Indonesia yang berhasrat pulang ke Dumai dan Bengkalis disarankan menggunakan perkhidmatan feri di Terminal Feri Antarabangsa Kukup atau Terminal Feri Puteri Harbour,” kata Dickson.

Dalam ada itu katanya. lain-lain laluan perkhidmatan feri di negeri Johor beroperasi seperti biasa.

Untuk pertanyaan berhubung operasi feri boleh menghubungi talian berikut

Terminal Feri Antarabangsa Kukup

07-6969098 (Operator Feri Anjung Seri Sdn Bhd)

07-69600760 (Operator Terminal Feri)

Terminal Feri Puteri Harbour

07-560 0542 (Operator Feri Tobindo Sdn Bhd)

07-5600 567 (UEM Info Center)

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top