BM | EN | 中文

EMPAT BUAH KEDAI TERBAKAR

IMG-20191113-WA0014.jpg
Advertisement

 

SEGAMAT, 13 NOV : Sebanyak empat buah kedai di Jalan Pee Kang Hai Kampung Abdullah, di sini terbakar, malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Riman Jusoh berkata, pusat gerakan operasi negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui MERS 999 pada jam 11.19 malam.

Advertisement

Katanya, susulan itu sebuah jentera, satu water tanker dan satu unit EMRS dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat dengan kekuatan seramai 11 orang anggota bergegas ke lokasi.

“Operasi turut dibantu sebuah jentera dari BBP Segamat dengan kekuatan anggota seramai tujuh orang juga satu jentera serta satu unit EMRS dari BBP Labis dengan kekuatan anggota seramai 10 orang.

“Setibanya pasukan tindakan kecemasan (PTK) dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran yang melibatkan empat buah kedai jenis kekal,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement


Beliau berkata, kedai berkenaan terdiri daripada dua buah kedai yang menjual barangan mesin membuat kuih, kedai botol plastik dan kedai barangan keluli.

“Kedai tersebut tiada dinding pemisah yang mempercepatkan lagi kemerebakan api,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan tiga aliran hos dari bekalan pili bomba berdekatan dan dua aliran salur bantu mula.

Advertisement

“Kita masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan anggaran kerugian,” katanya lagi.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top