BM | EN | 中文

Empat bazar Ramadan di Johor diarah tutup serta-merta

bazar-ramadhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 APR: Empat bazar Ramadan di negeri Johor diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif Covid-19.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata penutupan berkenaan antaranya melibatkan bazar Ramadan Kampung Pasir, Jalan Mata Kuching dan bazar Ramadan @Mart Kempas di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Katanya dua lagi ialah bazar Ramadan Belatuk, Taman Scientex di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan bazar Ramadan Lok Heng dalam kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi.

Advertisement

“Tempoh penutupan semua bazar ini tertakluk kepada penilaian risiko yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

“Berdasarkan rekod dalam aplikasi MySejahtera, terdapat individu yang disyaki positif Covid-19 dikesan mengunjungi bazar berkenaan. Jadi langkah awal yang kami ambil ialah dengan menghentikan terus operasinya,” katanya ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini.

Tahun ini, sebanyak 193 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor membabitkan 9,609 petak jualan.

Advertisement

Di PERAK, Bazar Ramadan Nenas Kampung Selabak di Teluk Intan diarah tutup sementara mulai esok, bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan menerima surat arahan penutupan itu atas faktor keselamatan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pagi tadi.

“Surat tersebut telah mengarahkan Bazar Ramadan Nenas ditutup serta-merta dan arahan penutupan bazar itu adalah atas dasar keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru hari ini.

Advertisement

Beliau berkata Bazar Ramadan yang difahamkan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan akan ditutup sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Hari ini, tular surat arahan penutupan itu yang menunjukkan senarai Bazar Ramadan seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi termasuk Bazar Ramadan Nenas satu-satunya yang terlibat di Perak.

Hari ini, 118 kes baharu dilaporkan di Perak menjadikan kes keseluruhan sebanyak 14,749 berbanding 91 kes baharu semalam.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top