BM | EN | 中文

EMPAT ASET UDARA DIGERAKKAN CARI WARGA SINGAPURA HILANG DI MERSING

Empat-aset-udara-digerakkan-cari-warga-Singapura-hilang-di-Mersing.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OGOS: Empat aset udara pelbagai agensi penyelamat digerakkan hari ini pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dan seorang wanita Singapura yang hilang ketika berkayak di perairan Endau dekat Mersing, Khamis lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Aminuddin Abdul Rashid, berkata SAR yang memasuki hari keempat itu menyaksikan pertambahan tiga aset udara digunakan pada operasi itu berbanding hanya satu aset semalam.

“Dua aset itu dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) manakala masing-masing sebuah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Keluasan pencarian menggunakan asset udara pula diperluas sehingga 900 batu nautika dari perairan timur dan utara Pulau Tioman, Pahang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement

Bernama melaporkan Aminuddin sebagai berkata, selain aset udara, SAR hari ini turut dibantu enam aset laut melibatkan sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sebuah kapal Maritim Malaysia, tiga bot Maritim Malaysia dan sebuah bot PDRM berbanding empat aset laut membabitkan tiga bot Maritim Malaysia dan sebuah bot PDRM, semalam.

Beliau berkata, kawasan tumpuan pencarian di laut pula membabitkan 350 batu nautika persegi dari timur Rompin sehingga utara Pulau Tioman.

Katanya, operasi hari ini membabitkan kekuatan 104 anggota penyelamat dari pelbagai agensi berkenaan berbanding 50 orang semalam.

Advertisement

“Pencarian juga dibantu oleh penduduk dan nelayan tempatan bagi pencarian di pulau-pulau sekitar perairan Mersing,” katanya.

Khamis lalu, lelaki berkenaan, Tan Eng Soon, 62, dan wanita, Puah Geok Tin, 57, dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.

Mereka dipercayai terpisah dari kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top