BM | EN | 中文

Empat Adun PH Muar sampaikan bantuan kepada pemandu teksi

Empat-Adun-PH-Muar-sampaikan-bantuan-kepada-pemandu-teksi.jpg
Advertisement

MUAR, 1 NOV: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari daerah Muat telah bekerjasama bagi menyampaikan bantuan bakul makanan kepada pemandu teksi di daerah ini.

Keempat-empat Adun dari daerah Muar itu termasuk Nor Hayati Bachok (Maharani) Datuk Seri Salahuddin Ayub (Simpang Jeram) dan Ng Yak Howe (Bentayan) dan Ysahrudin Kusni (Bukit Naning)

Pada satu majlis ringkas yang diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kira-kira 70 pemandu teksi berkumpul Sabtu lalu di hentian teksi daerah Muar, dekat Jalan Maharani.

Advertisement

Adun Simpang Jeram, Datuk Salahuddin Ayub berkata, adalah menjadi tanggungjawab kepada wakil rakyat di kawasan Muar untuk menyantuni dan membantu pemandu teksi, lebih-lebih lagi kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19 masih belum reda.

“Pada masa yang akan datang kami akan terus memberikan bantuan sekiranya kami mendapat lagi peruntukan sama ataupun jga bajet daripada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan.

“Kami tidak kira apa jua latar belakang politik mereka, tanggungjawab kami adalah untuk membantu meringankan beban hidup mereka,” kata Salahuddin.

Advertisement

Tambah beliau, antara cabaran dihadapi pemandu teksi di Muar dan seluruh negara adalah persaingan daripada syarikat e-hailing.

Justeru itu kata Salahuddin, kerajaan wajar menyiapkan para pemandu teksi yang rata-ratanya dari golongan berusia untuk mahir menggunakan aplikasi dalam talian bagi kelangsungan kerjaya mereka.

“Setiap aduan dan sungutan mereka akan kita bawa kepada pihak berwajib.

Advertisement

“Di masa akan datang, bila sistem pengangkutan di mana-mana negara pun menjadi semakin canggih, kerajaan mesti melihat ia sebagai satu isu,”  kata Salahuddin sambil memberi komitmen akan membawa isu pemandu teksi pada persidangan DUN dan parlimen.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top