BM | EN | 中文

Elaun ‘sangkut’: Ketua-ketua kampung di Johor rancang mengadap Sultan Ibrahim

istana-bukit-serene.jpg

Gambar Ehsan Sultan Ibrahim Official

BATU PAHAT, 10 SEPT: Sekumpulan ketua-ketua kampung Johor merancang untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar bagi mengadukan masalah berhubung pemotongan elaun mereka oleh pihak kerajaan.

Dalam kiriman whatsapp yang dilihat Johorkini, ketua-ketua kampung yang tidak dinamakan itu bertindak demikian berikutan tindakan kerajaan menamatkan pembayaran elaun mereka empat bulan lebih awal dari tarikh tamat kontrak.

Difahamkan, penamatan bayaran elaun ketua kampung, atau dikenali kini sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), dibuat lebih awal, iaitu mulai 1 Ogos 2020.

Sedangkan, kontrak perkhidmatan mereka masih ada sehingga 31 Disember 2020.

“Kami akan tuntut hak kami dan jangan cuba perlekehkan ketua-ketua kampung,” menurut kiriman whatsapp yang disalin kepada Johorkini.

Menurut salinan kirman itu, ketua-ketua kampung lantikan kerajaan terdahulu telah bertungkus-lumus bekerja mengurus kampung dan penduduk tanpa mengira masa.

“Elaun sedia ada kami yang memang menjadi hak kami semakin dipotong pula, tetapi khidmat kami masih diperlukan seperti biasa.

“Kami benar-benar menganggap ia satu penghinaan kepada kami. Kami tetap akan pertahankan maruah kami,” tambah kenyataan itu.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top