BM | EN | 中文

Elaun ketua kampung tradisi di Selangor ditanggung penuh kerajaan negeri

Selangor.png

SHAH ALAM, 14 SEPT: Elaun bulanan ketua kampung tradisi ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri selepas Putrajaya tidak lagi mengiktiraf fungsi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Exco Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri sebelum ini membayar elaun berjumlah RM500 manakala baki RM700 dibayar kerajaan pusat.

“Organisasi MPKK diguna pakai secara rasmi sejak 27 Jun 2018 dan Selangor hanya mengiktiraf MPKK sahaja. Kita menolak perubahan nama kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), lapor Media Selangor.

Kata Rodziah, mesyuarat Exco bersetuju supaya kerajaan negeri membayar sepenuhnya elaun ketua kampung meskipun memberi impak kepada kewangan negeri.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kesatuan Penghulu Negeri Selangor di Hotel Concorde hari ini.

Pada 10 Julai, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata MPKK dijenamakan semula sebagai JPKK manakala Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top