BM | EN | 中文

Elak salah maklumat, kerajaan didesak dedah dalang kartel daging

Dr-Zuhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 DIS: Kerajaan didesak untuk mendedahkan dalang sebenar sindiket kartel daging, kata pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain.

Kata Mohd Zuhan, melalui maklumat diperolehi kes kartel daging ini melibatkan beberapa jenama biasa di pasaran yang perlu didedahkan agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar.

Ini kerana kerajaan sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk tidak mendedahkan nama-nama kartel disebabkan rahsia kerajaan.

Advertisement

“Kerajaan sepatutnya telus membuat pendedahan ini agar semua rakyat maklum dan tidak lagi membeli atau mengambil langkah berwaspada dengan produk jenama yang meragukan.

“Perkara ini telah menimbulkan panik serta menyebabkan seluruh rakyat di negara ini dalam keresahan.

“Apa yang dikhuatirkan adalah boikot berlaku sehingga menzalimi mereka yang memasarkan daging serta tidak ada kena mengena dengan kartel daging tersebut.

Advertisement

“Bagaimana kerajaan mahu membendung penularan berita palsu sekiranya kerajaan sendiri mengambil tindakan tidak mahu mendedahkan dalang kartel daging tersebut,” tegasnya.

Tambahnya, kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku hari ini.

“Ini isu besar dan kita tidak tahu adakah ia daging lembu yang disembelih atau daging kuda mahu pun daging kangaroo. Kesahihan sembelihan juga diragui.

Advertisement

“Kerajaan Muhyiddin harus bertanggungjawab dan mereka perlu memberi penerangan yang jelas dan dedahkan siapa dalang dalam isu ini,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top