BM | EN | 中文

ELAK PROVOKASI, PESAN DR SAHRUDDIN

IMG-20191115-WA0015.jpg

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 15 NOVEMBER : Penyokong Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang provokasi pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, esok.

Pengarah Jentera PH, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini dengan mana-mana pihak.

“Harapan saya semoga semua penduduk turun awal menunaikan tanggungjawab masing-masing. Bagi para penyokong, elakkan provokasi yang boleh sebabkan konflik antara sesama parti.

“Negara Malaysia ini amalkan demokrasi, jadi masing-masing ada hak dan tanggungjawab.

“Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat menjalankan tanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Stadium Mini Pontian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sahruddin yang juga Menteri Besar Johor berpuas hati dengan gerak kerja jentera PH sepanjang tempoh dua minggu kempen.

“Saya tak rasa tekanan apa-apa kerana ini semua tanggungjawab dan amanah. Jangan lupa, kita telah berusaha dan bekerja tetapi akhir sekali kita serahkan kepada ALLAH,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top