BM | EN | 中文

Elak pelajar keluarga B40 tercicir, ahli parlimen Kluang lancar kempen ‘Asal Adik Mau Gi Sekolah’

Asal-Adik-Mau-Gi-Sekolah.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 FEB: Atas rasa kepedulian dan mengambil berat tentang kesukaran dihadapi pelajar sekolah kerana pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi melancarkan kempen ‘Asal Adik Mau Gi Sekolah’.

Menurut Shu Qi, tiga inisiatif kempen digerakkan bagi membantu pelajar di kawasan parlimen Kluang dengan sasaran kami adalah pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Saya tidak mahu ada pelajar yang tercicir. Saya dan pasukan Sayangi Kluang akan mengusahakan tiga inisiatif bagi membantu pelajar di kawasan Parlimen Kluang,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tiga inisiatif tersebut adalah perkhidmatan mencetak kerja rumah percuma, tambahan nilai data internet dan peranti percuma kepada mereka yang memerlukan.

Perkhidmatan mencetak kerja rumah percuma, dibuat berikutan ketidakselesaan belajar melalui skrin.

Sekiranya pelajar ingin mencetak kerja rumah secara percuma, sila daftar di https://forms.gle/F1TgettitULehwy18

Advertisement

Inisiatif kedua ialah tambahan nilai data internet berikutan pembelajaran melalui video yang memerlukan kuota internet yang banyak.

Pelan internet tanpa had yang disediakan menggunakan syarikat telco (Celcom) atau tambah nilai sekiranya menggunakan telco lain untuk sebulan. Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://forms.gle/xavZVnmXsKhoDV38A

Manakala peranti percuma bagi keluarga yang tidak mempunyai peranti untuk belajar, pejabat parlimen Kluang akan memberikan komputer riba atau tablet secara percuma. Untuk mendaftar klik di pautan berikut https://forms.gle/cc6xQYD6nj3h7Avk6

Advertisement

Tambah Shu Qi, sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang demi kelangsungan pembelajaran anak-anak di Kluang, boleh disalurkan ke “Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kluang” (Bank Muamalat: 01040006533716).

“Saya cuba bantu setakat yang termampu. Harapan saya agar pembelajaran anak-anak kita tetap diteruskan dan tiada siapa yang tercicir.

“Kita perlu terus kuat dan bersatu hati dalam mengharungi cabaran dalam keadaan yang sukar ini,” kata Shu Qi lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top