BM | EN | 中文

Elak miskin haid, MP Kluang lancar kempen sumbangan bagi pembelian tuala wanita

mp-kluang-kemiskinan-haid-tuala-wanita.png
Advertisement

KLUANG, 7 JUL: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi melancarkan kempen dan mempelawa orang ramai untuk membantu membuat sumbangan bagi penyediakan tuala wanita kepada mereka yang memerlukan.

Shu Qi dalam hantarannya di laman Facebook hari ni berkata, orang ramai boleh membuat sumbangan RM10 untuk membantu kaum Hawa di daerah ini memperolehi tuala wanita.

Tak ramai faham apa maksudnya kemiskinan haid sehingga negara kita dilanda oleh wabak pendemik Covid-19.

Advertisement

“Sebagai seorang wanita sendiri, saya tidak sedar betapa serius sehingga 20 peratus pemohon bantuan dalam kawasan saya menyatakan keluarga mereka perlu bantuan tuala wanita.

“Kami wanita menggunakan tuala wanita atau pad setiap bulan. Ini kitaran tabii yang normal. Sekiranya mampu, kami pilih jenis dan jenama yang sesuai dengan diri sendiri.

“Jarang ada orang yang mahu minta bekalan percuma begitu sahaja, kerana kemungkinan besar tidak sesuai untuk diri sendiri.

Advertisement

“Walau bagaimanpun, pilihan telah jadi satu kemewahan. Sungguhpun pad sebenarnya merupakan barang ‘essential’, masalah sekarang ialah duit tak cukup untuk membeli makanan, apatah lagi nak beli pad.

“Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana orang perempuan dewasa atau remaja kita mengatasi masalah ini sekiranya keluarga telah putus pendapatan,” katanya.

Ujarnya penggunaan tuala wanita daripada jenis kain popular pada suatu masa dahulu, namun harganya agak mahal ketika ini.

Advertisement

Justeru itu beliau menjemput kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk pihaknya menyediakan tuala wanita bagi mereka yang perlu.

Sumbangan boleh dibuat atas nama “Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kluang” (Bank Muamalat – No. Akaun: 01040006533716)

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top