BM | EN | 中文

Elak ditahan polis, lelaki lemas selepas terjun jambatan Sungai Semangar

Elak-daripada-ditahan-polis-lelaki-lemas-selepas-terjun-dari-jambatan.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 9 FEB: Seorang lelaki lemas manakala seorang lagi selamat ketika cuba melarikan diri daripada dikejar polis dengan bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Johor dari Jambatan Semanggar, Bukit Besar dekat Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, individu yang selamat itu didapati sempat melarikan diri ke kawasan tebing sungai.

Hussin dilaporkan Bernama berkata, pihak polis cuba menahan kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 30-an itu yang menaiki sebuah lori Isuzu, setelah didapati melanggar kenderaan orang awam di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru.

Advertisement

“Polis mengejar sejauh 10 kilometer dari kawasan stesen minyak di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru, sehingga mereka berhenti di tepi jambatan dan kedua-duanya bertindak terjun melalui pintu pemandu, ” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, lelaki yang lemas akibat arus deras itu dijumpai tersangkut pada sebatang kayu di dalam sungai iaitu 50 meter daripada lokasi mangsa terjun pada pukul 6 petang oleh pihak bomba.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed menerusi kenyataan berasingan berkata, seramai 12 anggotanya dan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Tebrau terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Advertisement

Katanya, anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.24 tengah hari.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan teknik ‘surface and searching’ di lokasi mangsa dipercayai lemas,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top