BM | EN | 中文

EKSPEDISI SAINTIFIK JOHOR SELATAJ SEDIA PELAN MITIGASI MARIN

bah-piyan-1.jpg
Advertisement

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

 

PONTIAN, 31 OKT :  Ekspedisi Saintifik Johor Selatan 2020 yang dilaksanakan tahun hadapan akan menyediakan satu pelan mitigasi bagi mengekalkan sumber marin dalam jangka masa panjang.

Advertisement

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Datuk Bah Piyan Tan berkata, ekspedisi itu juga bertujuan mengurus dan memulihara khazanah marin negara demi kelestarian sumber perikanan negara.

“Pelan mitigasi ini penting terutama bagi mengatasi isu dan masalah persekitaran serta perubahan iklim dunia ketika ini.

“Kawasan Johor Selatan dipilih kerana ia merupakan ‘hotspot’ kepada kepelbagaian biologi marin yang kaya dengan ekosistem bakau dan rumput laut,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Potensi Refugia Perikanan dan Ekspedisi Saintifik Johor Selatan 2020 di sini hari ini.

Turut hadir; Pengarah Perikanan Negeri Johor, Zamani Omar.

Tambahnya, program ini juga dapat mengenalpasti penubuhan kawasan refugia dan kawasan tanaman laut baharu.

Advertisement

“Selain itu, kita dapat mengumpul maklumat taburan inventori spesies terancam yang penting kepada pemuliharaan ekosistem perikanan. Antara spesies terancam di Johor dan perlu dilindungi ialah dugong.

“Dugong memang banyak di negeri ini seperti di Pulau Tinggi dan Pulau Sibu. Sebab itu kita nak pelihara rumput laut di kawasan berkenaan,” katanya.

Bah Piyan (tengah) bersama sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti penanaman bakau di Taman Negara Tanjung Piai.

Katanya, program itu akan turut melibatkan penyertaan NGO dan komuniti setempat yang mendapat faedah secara langsung dari hutan bakau.

Advertisement

“Penanaman bakau sebagai sumber perikanan seperti ikan dan udang akan memberi pulangan kepada masyarakat dalam jangka panjang,” katanya.

Ekspedisi Saintifik Johor Selatan 2020 dianjurkan Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Terdahulu, Bah Piyan bersama 50 sukarelawan dari Sekolah Kebangsaan Rambah, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kerang dan Giat Mara menyertai aktiviti penanaman bakau di Taman Negara Tanjung Piai.

Advertisement

Program itu sebagai salah satu usaha pengurusan hutan bakau secara berkekalan sebagai ekosistem penting kepada sumber perikanan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top