BM | EN | 中文

Ekonomi terkesan, kuasa beli di Johor dijangka menurun

malaysia-johor-singapura.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MEI: Kuasa beli rakyat Malaysia dengan kebanyakan warga Johor yang bekerja di Singapura dijangka menurun akibat kesan ekonomi yang tidak menentu lantaran pandemik Covid-19 di kedua-dua negara.

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, selain itu turut dijangka menerima kesan adalah sektor peruncitan dan perkhidmatan di wilayah selatan Johor.

Dalam ‘Forum Masa Hadapan Pekerja Malaysia Di Singapura’ semalam, Andrew meletakkan jumlah konservatif pendapatan bulanan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sebanyak kira-kira SGD1,5000 ke SGD2,000.

Advertisement

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng

Justeru itu katanya, dengan jumlah 300,000 pekerja Malaysia di Singapura, dijangkakan secara tahunan RM16.2 hingga ke RM21.6 bilion dibawa masuk ke negara ini.

“Sudah tentu selepas ‘lockdown Covid-19’, rombakan industri, pemberhentian pekerja yang bakal berlaku, maka kuasa beli dijangka akan menurun dan ekonomi tempatan akan terjejas,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sektor pelancongan dan hiliran di negeri Johor akan terkesan untuk suatu tempoh yang agak lama.

Advertisement

Menurut beliau kira-kira 35,000 pelancong dari Singapura dengan jangkaan perbelanjaan diantara SGD200 ke SGD300 seorang setiap hari mampu menjana pendapatan tahunan sekitar RM7.7 hingga RM11.5 bilion.

“Dijangka kehadiran pelancong akan menurun pada masa akan datang.

“Paling terkesan ialah restoran, warung, kedai kopi, kedai cuci kereta, butik kecantikan diri, bengkel kenderaan, premis hiburan, hotel, pengangkutan dan sebagainya.

Advertisement

“Saya berharap kerajaan negeri dan pusat membantu untuk menggalakkan e-perniagaan dan e-kewangan. Kita telah lihat budaya berbelanja di kalangan rakyat secara dalam talian.

“Untuk mereka yang kehilangan kerja dan perniagaan kecil, pihak ini perlu dibantu untuk meneroka bidang baru.

“Kerajaan negeri dan pusat boleh membantu dengan mengadakan geran, skim atau subsidi bagi penyediaan infrastruktur elektronik atau megubah model perniagaan mereka,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top