BM | EN | 中文

“EKONOMI TANPA MENGIRA KAUM”-TUN M

IMG-20191114-WA0029.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 14 NOV: Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan ekonomi tanpa mengira kaum, kata Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Pontian, Datuk Tan Chin Hock.

“Kita kena yakin dengan pemimpin dan kerajaan sekarang kerana Tun melaksanakan pembangunan ekonomi untuk semua kaum,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa berucap pada program sarapan pagi bersama NGO Tanjung Piai di warung 800, dekat Pekan Nenas, yang dihadiri oleh Dr Mahathir, hari ini.

Chin Hock turut berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana telah membantu peniaga kaum Tionghua termasuk dirinya semasa memegang jawatan Perdana Menteri keempat.

“Sewaktu ekonomi merosot pada tahun 1997, Tun telah menambat RM3.80 bagi setiap dolar Amerika.

Advertisement

“Tindakan ini menyebabkan ramai peniaga termasuk saya terselamat dari muflis dalam perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui pimpinan di Tanjung Piai.

“Sebagai wakil masyarakat Tionghua, kami yakin dengan Hj Karmaine Sardini dapat melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat jika terpilih kelak.

Advertisement

“Kami juga terhutang budi wakil rakyat sebelum ini (Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik) yang telah banyak membantu dan berjasa.

“Beliau (Allahyarham Dr Md Farid) membantu masyarakat Tionghua dalam menjayakan program persatuan dan juga program-program agama,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top