BM | EN | 中文

EKONOMI DIGITAL PACU KEMAJUAN JOHOR

dzulkefly-ahmad.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 14 OKT: Semua pihak sama ada sektor kerajaan mahupun swasta di Johor perlu memanfaatkan strategi Ekonomi Digital yang terkandung dalam Belanjawan 2020 bagi memacu pertumbuhan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, penyediaan prasarana ekonomi digital memberikan rakyat akses kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Strategi ini sebenarnya selari dengan trend global ledakan revolusi digital yang sedang melanda dunia sekarang ini,” kata Dzulkefly dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Antara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 ialah Pelaksanaan Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Ia merupakan pelan lima tahun yang menyediakan liputan kelajuan tinggi komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara melibatkan pelaburan RM21.6 bilion.

Manakala, Pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia lMalaysia (SKMM) telah berjaya mengurangkan harga jalur lebar sebanyak 49 peratus.

Advertisement

“lni adalah satu tindakan tepat pada masanya ke arah penyediaan infrastruktur utama digital di samping menyediakan asas kepada pelaksanaan teknologi dan perkhidmatan 5G kepada rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan NFCP dan Digital Ekonomi sebenarnya sangat penting khususnya dalam usaha mengekalkan Johor antara empat negeri penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lMalaysia.

“Negeri Johor juga sebagai penerima Pelaburan Terus Asing (FDl) yang tertinggi d Malaysia,” kata Dzulkefly yang menyambut baik strategi Belanjawan 2020 tersebut.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top