BM | EN | 中文

Ee Chin Li, anak Tangkak yang tekun bawa perubahan kawasan

Ee-Chin-Li-Tangkak.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 18 FEB: Selama dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, gerak kerja Ee Chin Li cukup diketahui ramai.

Dilahirkan pada 29 Mac 1982 di Daerah Tangkak, Chin Li merupakan seorang wakil rakyat yang sangat komited berkhidmat kepada masyarakat di Tangkak.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memang sudah dikenali dengan sikap rendah diri, budaya turun padang dan perkhidmatan mantap kepada rakyat setempat.

Advertisement

Gerak kerjanya sebagai ADUN ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat terserlah terutama usahanya menghantar pek makanan dan bakul makanan kepada keluarga yang terjejas.

Selain itu, beliau menubuhkan Pasukan Sanitasi Awam DUN Tangkak untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi awam.

Terdahulu, menurut Roketkini antara usaha yang telah digerakkan Chin Li di DUN Tangkak adalah sistem lampu isyarat di persimpangan antara Jalan Payamas dan Jalan Bekoh Tangkak.

Advertisement

Lampu isyarat tersebut telah dibina setelah Chin Li memohon dalam Dewan Negeri Johor.

Persimpangan antara Jalan Besar dan Jalan Hassan Tangkak yang selalu berlaku kemalangan jalan raya juga telah dibina empat bonggol jalan atas permohonan Chin Li.

Kedua-dua infrastruktur itu sekali gus telah berjaya mengurangkan risiko pengguna jalan raya.

Advertisement

Dari segi kemasyarakatan, Pejabat Wakil Rakyat DUN Tangkak telah menganjurkan Majlis Menyambut Perayaan Hari Raya Aidiltri, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali setiap tahun.

Peruntukan juga disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjur pelbagai aktiviti dan program komuniti.

Sebagai calon di DUN Tangkak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini, Chin Li menggariskan beberapa usaha yang akan dilaksanakannya jika diundi semula sebagai ADUN kawasan tersebut.

Advertisement

Dari segi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), beliau akan berusaha menjadikan daerah Tangkak sebagai pusat pemprosesan hasil pertanian tempatan supaya harga hasil pertanian lebih stabil.

Selain itu, Chin Li akan mewujudkan Bazar Agro dan FAMA tetap di Bandar Tangkak supaya hasil pertanian tempatan dapat dipasarkan.

Beliau turut akan mempromosi Bandar Tangkak sebagai bandar tekstil.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top