BM | EN | 中文

EduCity Iskandar, Maybank kerjasama lancar Maybank@Educity

EduCity-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUL: EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd dan Maybank menjalin kerjasama bagi pelancaran Maybank@EduCity pertama di EduCity Hub, Iskandar Puteri yang menyediakan kemudahan asas perbankan dan khidmat rundingan kewangan untuk penuntut serta tenaga pengajar di kawasan itu.

Maybank@EduCity adalah kemudahan kesembilan seumpamanya diwujudkan Maybank di Malaysia, demikian menurut kenyataan EduCity Iskandar pada Jumaat.

“Penuntut EduCity akan mendapat manfaat menerusi pelbagai siri program celik kewangan selain peluang menjalani latihan industri dengan Maybank, program bimbingan dan sokongan kewangan menerusi Pinjaman Pendidikan Maybank EduCity.

Advertisement

“Maybank@Educity juga dapat memenuhi keperluan komuniti EduCity secara meluas menerusi rangkaian perkhidmatan perbankan utama dan produk kewangan yang menyeluruh,” katanya.

Menurut EduCity Iskandar, kerjasama tersebut akan meletakkan EduCity sebagai Jaguh Kampus Tanpa Tunai menerusi Kempen Komuniti Tanpa Tunai anjurannya.

Acara pelancaran semalam telah disempumakan bersama oleh Ketua Pegawai Modal Insan Maybank Datuk Nora Abd Manaf, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB) merangkap Pengerusi EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd Datuk Khairil Anwar Ahmad.

Advertisement

Dalam ucapan aluannya, Khairil Anwar berkata hab tersebut menyediakan ruang untuk penuntut mengadakan perbincangan berkumpulan secara percuma serta perkhidmatan lain termasuk bilik acara atau latihan sena penghasilan dari segi kandungan.

Sementara itu, Nora berkata Maybank@EduCity juga berperanan sebagai platform bagi penerapan usaha celik kewangan menerusi penganjuran bengkel-bengkel dan webinar yang membantu belia lebih bersedia dan cekap dalam bidang itu di masa depan.

“Bagi melengkapkan lagi inisiatif itu serta menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi usahawan, kami turut memperkenalkan inisiatif Usahawan Digital untuk menyediakan mereka dengan mekanisme dan pengetahuan tepat serta dapat berjaya dalam dunia digital, katanya.

Advertisement

EduCity yang diwujudkan pada 2008 merupakan bandar pendidikan bersepadu sepenuhnya di Iskandar Puteri, Johor.

la dimiliki sepenuhnya oleh IIB, syarikat berkaitan kerajaan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk memacu pembangunan jangka panjang di Iskandar Malaysia.

Pada masa ini, terdapat sejumlah 14 rakan pendidikan tempatan serta antarabangsa ditempatkan di kawasan tersebut.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top