BM | EN | 中文

Econsave Taman Daya ditutup untuk pembersihan, bukan sebab Covid-19

covid-19-econsave.png

Sumber Gambar: Google Street View

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menafikan isu yang tular di media sosial mengenai penutupan Econsove Taman Daya Johor Bahru kerana adanya kes Covid-19.

Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengenai penafian mesej tular berkaitan penutupan Enconsave Taman Daya Johor Bahru kerana adanya Kes Covid-19

Dalam kenyataan yang dikeluarkann oleh Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu beliau menyatakan premis tersebut ditutup bagi tujuan pembersihan kerana dijumpai kehadiran tikus dan lipas.

“Untuk makluman, Notis Perintah Penutupan telah diberikan kepada premis tersebut di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 (PIndaan 2004) dalam tempoh 6-19 Mei 2020 untuk kerja-kerja pembersihan kerana premis didapati tidak suci (menjumpai kehadiran tikus dan lipas).

Advertisement

“Walaubagaimanpun, premis telah dibuka semula pada 7 Mei 2020 setelah Pegawai Berkuasa berpuashati dengan kerja-kerja pembersihan yang telah dijalankan,” kenyataan Jabatan Kesihatan Johor dipetik.

Dalam pada itu orang ramai diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan di kalangan masyarakat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top