BM | EN | 中文

Ecomate sasar kumpul RM16.2 juta menerusi tawaran awam permulaan

ecomate-sdn-bhd.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Pengeluar perabot, Ecomate Holdings Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 8 Nov, 2021, menyasarkan untuk mengumpulkan sejumlah RM16.2 juta menerusi langkah Tawaran Awam Permulaan (IP0).

Pengarah Urusannya, Jason Koh Jian Hui berkata IPO yang merangkumi terbitan awam sebanyak 49 juta saham-saham baharu pada harga 33 sen sesaham, dijangka dapat meningkatkan modal pasaran syarikat itu kepada RM115.5 juta.

“Kami berhasrat memperuntukkan hasil daripada IPO itu masing-masing bagi membeli mesin dan peralatan (RM6 juta), pembinaan kilang ketiga yang menempatkan tiga kemudahan barisan pengeluaran tambahan dan satu blok asrama berkembar empat tingkat (RM2 juta) serta pembelian bahan mentah (RM5.3 juta).

Advertisement

“Baki RM2.9 juta pula bagi tujuan menampung anggaran perbelanjaan penyenaraian tersebut,” katanya pada majlis pelancaran prospektus syarikat bersempena IPO yang diadakan secara maya, semalam.

Menurut Koh, agihan 49 juta saham baharu itu menyaksikan Ecomate menawarkan sejumlah 17.5 juta saham kepada rakyat Malaysia serta 8.75 juta saham kepada pengarah, pekerja dan individu layak yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat manakala 22.75 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Ecomate yang ditubuhkan pada 2016 dan turut berorientasikan eksport berpangkalan di Muar, Johor dengan menumpukan pengeluaran produk perabot sedia dipasang (RTA) meliputi aspek reka bentuk pengeluaran pembangunan selain aktiviti pemasaran dan jualan.

Advertisement

Koh berkata, syarikat itu menawarkan pelbagai produk perabot yang tidak hanya terhad kepada meja kopi, meja konsol, rak buku serta almari pakaian dan dieksport ke lebih 30 negara merentasi enam benua — Asia, Eropah, Amerika Utara, Australasia, Afrika dan Amerika Selatan.

“Ecomate turut mencatat pertumbuhan memberangsangkan dari segi prestasi kewangan sejak penubuhannya. Ini termasuk keuntungan selepas cukai dan kepentingan tidak dikawal (PATNCI) yang berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun masing-masing sebanyak 52.8 peratus dan 59.7 peratus bagi tahun kewangan berakhir Februari 2019 (FY2019) hingga FY2021.

“Hasil dan PATNCI itu masing-masing mencatat RM56.3 juta dan RM8.5 juta bagi FY2021,” katanya.

Advertisement

Menurut Koh, sekatan pergerakan dan pelaksanaan dasar bekerja di luar pejabat di serata dunia bagi membendung penularan COVID-19, juga mendorong permintaan terhadap perabot.

Ini sejajar dengan tindakan pengguna yang mengutamakan pembelian perabot secara dalam talian bagi meningkatkan aspek kemudahan dan pengalaman di kediaman masing-masing.

“Oleh itu, kami memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin kerana skop kami yang kebanyakannya menumpukan produk perabot RTA dan dibungkus secara rata.

Advertisement

“Malah, jika dibandingkan dengan perabot yang siap dipasang sepenuhnya, format pembungkusan pek rata ini amat sesuai serta mudah dijual menerusi melalui platform e-dagang kerana padat selain dapat meningkatkan kecekapan logistik,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Koh berkata syarikat optimis terhadap prospek masa depan ketika ia terus melonjakkan rancangan pengembangan agar seiring dengan aliran tempahan yang kukuh, terutama melalui saluran juaIan e-dagang membabitkan perabot jenis RTA.

“Syarikat kini giat memenuhi tempahan tertunda yang banyak bagi menampung masa tidak beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sepenuhnya sebelum ini,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top