BM | EN | 中文

ECER tarik RM13 bilion pelaburan komited, lepasi sasaran bagi tahun 2021

ecer.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah berjaya menarik pelaburan bernilai RM13.0 bilion, melepasi sasaran bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM12.0 bilion walaupun masih berdepan cabaran pandemik.

ECER dalam satu kenyataan Ahad lalu berkata pelaburan ini dijangka akan mewujudkan lebih daripada 10,600 peluang pekerjaan baharu serta 570 peluang keusahawanan di seluruh ECER.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Baidzawi Che Mat berkata ECERDC telah mengambil peluang untuk bekerja dengan cara yang berbeza dan bekerjasama dengan kerajaan negeri serta pelbagai agensi.

Advertisement

“Antara agensi itu ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) dan juga Wakil Dagang Persekutuan Rusia di Malaysia dalam menganjurkan webinar untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI),” katanya.

Pelaburan komited yang berjaya ditarik setakat ini adalah bukti kejayaan usaha ECERDC, katanya.

Beliau berkata kerajaan persekutuan menerusi ECERDC telah memastikan pelaksanaan projek infrastruktur strategik dan projek-projek baharu di ECER diteruskan bagi mengekalkan daya saing ECER sebagai destinasi pelaburan.

Advertisement

“Ini telah membolehkan ECER menarik lebih banyak pelaburan bahatru ke sektor minyak, gas dan Petrokirnia (OGP). Pembangunan tanah tinggi bersepadu, pembuatan keluli, pembuatan sarung tangan den produk-produk hijau serta tenaga boleh dperbaharu.

“Di Kelantan Projek Pernbargunan Larnan Warisan Kampung Laut Fasa 1 telah siap baru-baru ini.

“Kompleks ini akan menernpatkan pengusaha serunding dan makanan tradisional tempatan yang akan beroperasi di Laman Wanisan Serunding Kampug Laut. Fasa 2 yang merangkumi Laman Warisan Seni dan penernpatan semula Masjid Kampung Laut akan siap pada Mac 2022,” katanya.

Advertisement

Di Terengganu, ECERDC mengekalkan fokus untuk menarik pelaburan baharu terutama sekali ke Taman Biopolimer Kerteh (KBP) yang kini sedang menjalani kerja-kerja perluasan untuk Fasa 3B dan 4.

“Di Pahang pula, pembnaan saluran air sepanjang 29km dari Kememan, Terengganu ke Gebeng, Pahang dengan kapasit jangkaan sebanyak 90 juta liter sehari akan memastikan bekalan air tidak terganggu demi memenuhi permintaan pelabur di Kawasan Perindustrian Gebeng. Projek ini dijangka siap menjelarg April 2023, kata Baidzawi.

Di Mersing, Johor, projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) sedang dilaksanakan ECERDC dan Kerajaan Negeri Johor telah rnenandatangani Perjanjian Kerjasama pada 18 September 2021 untuk mernbangunkan projek JDV sebagat sebahagian daripada strategi keseluruhan untuk nemujudkan Lembah Tenusu ECER.

Advertisement

“Apabila ia beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023, ianya dijangka akan menghasilkan 5.1 juta liter susu segar setiap tahun.

“Ini akan meningkadran pengeluaran susu negara sebanyak 11 peratus. JDV juga dianggarkan akan mewujudkan 103 peluang pekerjaan baharu dan 30 peluang usahawan agro umuk warga tempatan di Mersing,’ katanya.

Inisiatif proaktif oleh Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES), sebuah kerjasama amara ECERDC dan TUM International GmbH (TUMInt), anak syarikat universiti terkernuka Jerman iaitu Technische Universitat Munchen (Universiti Teknikal Munich) telah rnenyampaikan pengetahuan Indirtri 4.0 (I4.0) kepada pelajar Malaysia dengan membangunkan Aplikasi Web ACES I4.0.

Advertisement

“Web aplikasi ini dibangunkan bagi mempersiapkan para pelajar umuk pekerjaan masa hadapan dengan meningkatkan kesedaran mengenai I4.0 dan melengkapkan bakat-bakat di ECER dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memenuhi permintaan masa hadapan.

“Program Rintis Aplikasi Web ACES I4.0 telah memberi manfaat kepada seramai 3,110 orang pelajar di serata ECER. ECERDC sedang merancang untuk melancarkan program ini di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan,” katanya.

Mengenai pembangunan modal insan, program empower ECER Latihan Akademik telah mencatatkan kadar lulus 96 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 baru-baru ini berbanding 54 peratus kadar lulus sebelum para pelajar mengikuti program ini.

Advertisement

Keputusan yang direkodkan adalah luar biasa kerana para pelajar yang mengikuti program ini merupakan pelajar berprestasi rendah sebelum mereka menyertai program ini dan berasal daripada keluarga B40.

Di samping itu, beliau berkata pada tahun ini program entrepreneur ECER telah membangunkan seramai 1,209 usahawan sedia ada dengan kerjasama Maybank, Agrobank dan SIRIM.

Inisiatif terbaharu ECERDC adalah kerjasama strategik dengan PERKESO yang akan membolehkan ECERDC memberi bantuan kepada lebih ramai rakyat di ECER dengan mernanfaatkan pangkalan data pekerja Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Advertisement

Kolaborasi ini bertujuan umuk membolehkan isi rumah berpendapatan rendah dan individu yang menganggur mendapatkan peluang pekerjaan di wilayah ini serta menggalakkan mereka yang sedang mencari pekerjaan umuk mengikuti program pembangunan, iaitu salah satu faktor penting dalam pembangunan kerjaya mereka.

“Kami juga akan bekerjasama erat dengan PERKESO untuk memadankan peserta program insentif PERKESO dengan pangkalan data kami yang merangkumi pelabur dan majikan yang berpusat di ECER,” kata Baidzawi.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top