BM | EN | 中文

ECER tarik pelaburan komited RM2.6 bilion pada suku pertama 2021

ecer.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 APR: Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM2.6 bilion pada suku pertama 2021,meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi PantaiTimur (ECEROC) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata di bawah Pelan lnduk Wilayah Ekonoml Pantal Timur 2.0 (EMP 2.0) darl 2018 sehingga Februari 2021, ECER telah berjaya menarik pelaburan komited kumulatif bernilai RM17 blllon yang dijangka mewujudkan leblh 15,000 peluang pekerjaan dan 1,800 peluang perniagaan.

ECERDC mengekalkan sasaran untuk pelaburan swasta bernilai RM70 bilion menjelang 2025. seperti yang digariskan dalam (EMP 2.0).

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutifnya Baidzawi Che Mat berkata ECERDC akan terus menumpukan kepada usaha menank pelaburan asing dari negara-negara Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) seperti Jepun, China, dan Korea Selatan dan meningkatkan usaha menarik pelaburan daripada Jerman dan dua negara sasaran baharu, iaitu Rusia dan India.

“Dalam jangka pendek, kami menjangkakan usaha menarlk pelaburan baharu akan terus menjadi satu cabaran kerana ekonomi masih lagi dalam fasa pemuihan daripada kesan pandernik.

Bagaimanapun, berdasarkan trend terkini tahun 2021, menunjukkan penurunan kes harian COVI0-19 diserata dunia susulan langkah vaksinasi yang dipergiatkan, kenaikan harga minyak dan peningkatan minat dalam mempelbagaikan rantaian bekalan dan kepentingan keselarnatan makanan,” katanya.

Advertisement

Menurutnya. ECERDC telah merangka pelan untuk menlngkatkan daya saing wilayah tersebut sebagai destinasi pelaburan dan mengembalikan semula momentum pelaburan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dihadiri Menten Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top