BM | EN | 中文

Ebit Liew guna sumbangan TMJ beli 500 unit tab

Ebit-Liew-TMJ-500-tab.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Pendakwah terkenal, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 membeli sebanyak 500 unit gajet.

Beliau dalam kiriman di laman facebook hari berkata, kesemua gajet berkenaan akan diagihkan kepada pelajar memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 Tab untuk 500 pelajar untuk kelas online.

Advertisement

“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit Liew.

Terdahulu Tunku Ismail pada 5 Februari lalu berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada pendakwah itu di Istana Bukit Pelangi.

Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk Johor.

Advertisement

Menurut Tunku Ismail, Ebit sering menolong rakyat, terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan dan melakukan usaha-usaha kebajikan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top