BM | EN | 中文

E-Tunai Rakyat, apa kata orang Johor?

e-tunai-rakyat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Program e-Tunai Rakyat yang mengagihkan RM30 kepada kira-kira 15 juta rakyat Malaysia pastinya menyumbang kepada masyarakat tanpa tunai dengan membiasakan mereka berurusan secara elektronik dan atas talian.

Dengan peruntukan sebanyak RM450 juta, program e-Tunai Rakyat ini bertujuan untuk mempersiapkan rakyat Malaysia mendepani revolusi industri 4.0 yang tidak terbendung.

Tinjauan Johorkini mendapati terdapat pelbagai pandangan rakyat Malaysia berkenaan program ini.

Advertisement

Ambok Jufri, 27 dari Pontian berpendapat penggunaan perkhidmatan ini memudahkan urusan harian.

Ambok Jufri

“Segala kerja harian semakin mudah diuruskan daripada memesan makanan sehinggalah kepada membeli sebuah kereta secara dalam talian menggunakan telefon pintar.

“Teknologi elektronik ini membuatkan segala-galanya kini dihujung jari, jadi dengan program ini rakyat dapat bersiap sedia mendepani revolusi industry 4.0 yang sedang melanda dunia secara global,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Nurussabihah Jamaluddin, 25 dari Tampoi berpendapat program ini sangat baik terutama bagi golongan wanita.

Nurussabihah Jamaluddin

“Kita selalu dengar kes jenayah yang melibatkan wanita, sama ada diragut atau dirompak. Jadi, melalui program e-Tunai, golongan wanita mula belajar dan membiasakan untuk menyimpan duit mereka secara maya mengurangkan risiko jenayah.

“Program ini juga memudahkan urusan jual beli terutama pembelian secara atas talian. Sudah tentu cara ini memberi kelebihan bagi golongan wanita yang tinggal di rumah untuk berurusan jual beli.

Advertisement

Bagi Farhan Tejo, 30, seorang peniaga bazar karat berpendapat penggunaan e-Tunai dapat menyelesaikan banyak masalah ketika berurusan jual beli menggunakan tunai.

“Urusniaga dengan wang tunai tentunya mempunyai kos pengurusan yang tinggi. Kerana ia perlu dikira dan disimpan oleh peniaga dan selepas itu perlu dipindahkan ke dalam akaun bank.

“Tentunya dengan e-Tunai, beberapa risiko seperti kecurian, rompakan, salahguna, penyelewengan serta rasuah dapat dikurang, dikesan dan dibasmi,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top