BM | EN | 中文

E-Sukan: Hampir 100,000 sertai Selangor Xtiv Virtual

Selangor-Xtiv-Virtual.jpg

Poster Ehsan FB Selangor Xtiv Virtual 2021

Advertisement

SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor Xtiv Virtual 2021 yang bermula sejak Mac lalu menerima 94,966 penyertaan setakat ini, kata Exco Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda dan Sukan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Katanya jumlah itu mencapai lebih 20 peratus daripada sasaran 450,000 penyertaan menerusi lima acara dipertandingkan pada edisi kedua penganjuran.

Acara Selangor Xtiv Virtual E-Sport meliputi permainan PUBG, Mobile Legends Bang Bang, Call of Duty Mobile, Pro Evolution Soccer 2021 dan FIFA Pro Club merekod penyertaan tertinggi membabitkan 90,528.

Advertisement

“Acara lain seperti Selangor Xtiv Virtual Marathon disertai 3,009 orang dan Selangor Xtiv Virtual Chess 1,038 peneyertaan manakala baki masing-masing Selangor Xtiv Virtual Marathon serta Selangor Xtiv Virtual Martial Art.

“Perkembangan positif ini menunjukkan Kerajaan Selangor berada di landasan betul untuk mencapai sasaran tersebut selepas kejayaan kali pertama tahun lalu,” katanya, lapor SelangorKini.

Khairuddin turut menjangka pertambahan mendadak peserta bulan ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat selain cuti persekolahan.

Advertisement

“Kerajaan negeri menyeru orang ramai khususnya rakyat Selangor mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah termasuk program ini,” katanya.

Selangor Xtiv Virtual 2021 mempertandingkan tujuh jenis permainan bermula Mac hingga Disember dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM411,680.

Dua acara iaitu Selangor Xtiv Virtual Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope Challenge dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Advertisement

Tahun lalu, program berkenaan mendapat sambutan luar jangka membabitkan 250,631 penyertaan dan 18 juta tontonan di platform media sosial.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top