BM | EN | 中文

E-CONTRACTOR MOBILE BANGUNKAN KONTRAKTOR JOHOR

Dr-Sahruddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT : Aplikasi Sistem E-Contractor Mobile diperkenalkan sebagai usaha kerajaan negeri membangunkan kontraktor-kontraktor negeri johor.

Menurut Menteri Besar, Datuk Sahruddin Jamal, E-Contractor Mobile merupakan aplikasi khusus bagi kontraktor yang daftar di bawah Infra Desa Johor (IDJ).

“Aplikasi ini khusus bagi kontraktor yang berdaftar di IDJ untuk mengemaskini maklumat syarikat, pakej kerja serta mengemaskini kerja di tapak.

Advertisement

“Selain menitikberatkan soal penyaluran kerja, aplikasi yang dibangunkan IDJ itu selaras ke arah pemerkasaan aliran teknologi Revolusi Industru 4.0”

Sahruddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Pencapaian 2 Juta Jam Tanpa Kemalangan di Hotel Thistle, di sini, semalam.

Ujarnya lagi, kerajaaan turut memberi perhatian kepada jalan-jalan kampung.

Advertisement

“Jalan kampung merupakan salah satu aset terpenting kerajaan negeri dan ianya amat perlu bagi keperluan dan pembangunan sosio-ekonomi.

“Kerajaan negeri bercadang melantik satu entiti khusus bagi memantau keadaan jalan-jalan kampung merupakan satu langkah yang tepat.

“Melalui entiti khusus ini, jalan-jalan kampung dapat diuruskan dengan lebih teratur serta perbelanjaan peruntukan dapat digunakan secara optimum,” katanya lagi

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top