BM | EN | 中文

E-bazar: Kerajaan Johor seolah rendahkan peranan PBT

e-bazar.jpg

Gambar Ehsan hype.my

Advertisement

SEGAMAT, 24 APR: Tindakan kerajaan negeri melantik dua syarikat secara runding terus untuk mengendalikan bazar Ramadan atas talian (online) atau e-Bazar seperti mengenepikan peranan serta pengalaman besar pihak berkuasa tempatan (PBT).

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata tindakan itu menimbulkan persoalan berhubung bidang kuasa dimiliki syarikat lantikan itu dengan PBT di negeri Johor.

Dr Sulaiman Mohd Nor

“PBT lebih dekat dengan pengusaha Bazaar Ramadan, lebih memahami masalah yang dihadapi mereka serta dapat bertindak balas dengan lebih baik dan cepat jika timbul sesuatu isu.

Advertisement

“Memperkenal satu sistem baru dalam keadaan tidak menentu amat berisiko kepada pengusaha Bazaar Ramadan, apatah lagi syarikat yang bakal dilantik kerajaan, (tidak diketahui) sama ada mempunyai pengalaman mengendali urusan sebegini.

“Apa-apa yang ingin dilaksana kerajaan perlu mengambil kira pandangan orang ramai serta pemegang taruh seperti Pejabat Daerah, PBT, wakil rakyat bagi mengurangkan risiko yang bakal dihadapi.

“Ini kerana akhirnya mereka ini tempat rakyat mengadu bila terdapat kelemahan dalam pelaksanaan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Perkara sama turut disuarakan Adun Perling, Cheo Yee How yang mempersoalkan kemungkinan wujudnya pengaruh ‘kuku besi’ dalam pentadbiran kerajaan Johor hari ini.

“Syarikat itu pun kita tidak dimaklumkan pengalamannya dan sekiranya ia berkemampuan bukanlah hak kerajaan Johor untuk meletakkan syarikat tersebut sehingga mengambil alih kuasa PBT.

“Ini dilihat seperti wujud dua kuasa dalam mengendalikan e-Bazar sepanjang Ramadan ini. Selain itu, peranan PBT yang hanya menjaga sistem penghantaran sahaja adalah suatu yang tidak munasabah.

Advertisement

Cheo Yee How

“Selain itu, bagaimana peniaga bazar yang ingin menggunakan khidmat penghantaran selain yang ditetapkan?

“Apakah boleh dipastikan penghantaran ini berjalan lancar, kerana ia membabitkan sepuluh daerah di seluruh negeri.

“Kerajaan perlu pertimbangkan semula serta memberi peluang kepada peniaga untuk mencadangkan cara mereka sendiri dan kerajaan hanya perlu mewujudkan pusat setempat e-Bazar berkenaan sahaja,” kata Yee How.

Advertisement

Terdahulu sebelum ini, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan mempertikaikan ketelusan lantikan dua syarikat berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top