BM | EN | 中文

Dzulkefly serah bantuan kepada 56 pemandu bas DUN Kota Iskandar

Pemandu-bas-Kota-Iskandar-dibantu-Adun.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 MAC: Seramai 56 pemandu bas di kawasan Kota Iskandar hari ini menerima bantuan dari Adun kawasan tersebut bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung golongan itu.

Adun Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata, sumbangan itu bagi meringankan bebanan ditanggung golongan pemandu bas yang terpaksa mengikat perut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP dilaksanakan.

“Alhamdulillah kita berjaya memberikan sumbangan ini dan ia bertujuan meringankan bebanan yang dipikul oleh mereka.

Advertisement

“Kita sedar mereka antara golongan paling teruk terjejas dari segi pendapatan mereka akibat pelaksanaan PKP.

“Sehubungan dengan itu, pusat khidmat DUN Kota Iskandar telah mendapatkan senarai mereka yang terjejas untuk diberikan bantuan,” katanya kepada media.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, berkata akan terus mencari seberapa ramai golongan yang memerlukan bantuan.

Advertisement

“Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar juga akan meneruskan pemberian sumbangan.

“Kita akan berusaha lagi bagi meringankan bebanan orang ramai khususnya penduduk di DUN Kota Iskandar ini yang memerlukan sumbangan seperti barangan keperluan harian, wang tunai dan sebagainya.

“Untuk rekod selain pemandu bas, pihak kami juga telah memberikan sumbangan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin yang teruk terjejas di DUN ini,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top