BM | EN | 中文

Duta Malaysia bertemu junta Myanmar: Menteri Luar perlu beri penjelasan

Zahairi-Baharim-dengan-Menteri-Elektrik-dan-Tenaga-Myanmar-Aung-Than-Oo-7-April-yahoo-news.png

Gambar Ehsan Yahoo News

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 APR: Menteri Luar, Hishamuddin Hussein perlu memberi penjelasan mengenai pertemuan Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Datuk Zahairi Baharim dengan Menteri Elektrik dan Tenaga Myanmar, Aung Than Oo pada 7 April 2021 di Naypyidaw.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH)) dalam satu kenyataan hari berkata, pertemuan ini menimbulkan beberapa persoalan berkait pendirian Malaysia terhadap junta Myanmar.

“Umum sedia maklum bahawa kerajaan yang dipilih rakyat Myanmar secara sah telah diguling pihak tentera Myanmar atau Tatmadaw dalam satu kudeta pada 1 Februari 2021.

Advertisement

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah menggesa tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi dibebaskan segera.

“Beliau juga telah menggesa agar satu sidang tergempar ASEAN diadakan untuk membincangkan keadaan di Myanmar selepas kudeta Tatmadaw pada 1 Februari 2021.

“Namun permintaan-permintaan ini belum dilaksana atau tercapai,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Advertisement

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khalid Samad, pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Senator Liew Chin Tong dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Tambah kenyataan itu, pertemuan tersebut tatkala pendirian Malaysia dalam isu tahanan politik dan sidang tergempar ASEAN tidak berubah, menimbulkan persepsi Malaysia mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Ini tidak membantu usaha mengembalikan demokrasi di Myanmar.

Advertisement

“Oleh itu, kami mendesak Menteri Luar Negeri untuk segera memberi penjelasan,” tegas kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top