BM | EN | 中文

‘Duta khas bertaraf menteri’ yang perlu letak jawatan, bukan penjawat awam – Sheikh Umar

SHEIKH-‘UMAR-BAGHARIB-ALI.jpeg-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 10 MEI: Pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral boleh meletakkan jawatan adalah kenyataan bodoh sombong.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, dalam seribu satu kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini, Hadi sepatutnya lebih merendah diri dan bukan bersikap angkuh mahu mengugut rakyat yang mengkritik.

“Saya tidak faham. Kita sudah masuk abad ke-21, tetapi cara Hadi berfikir adalah sangat jumud.

Advertisement

“Bagi saya, bukan penjawat awam yang perlu letak jawatan sekarang ini. Tetapi para Menteri dan Timbalan Menteri yang dilihat tidak berfungsi yang perlu letak jawatan.

“Kita ada ramai Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak ketahuan hala peranan mereka.

“Sewaktu rakyat bergelut mencari rezeki dalam fasa pandemik ini, ada menteri yang tak tahu nak buat apa, akhirnya sibuk ke New Zealand untuk hal peribadi,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, ada di kalangan menteri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedangkan rakyat terikat ketat dengan pelbagai garis panduan, peraturan serta denda dan hukuman.

“Banyak lagi (bukti). Mereka (menteri) inilah sebenarnya yang perlu letak jawatan.

“Begitu juga jawatan-jawatan lain contohnya duta khas bertaraf menteri yang dilihat seperti ‘makan gaji buta’. Mereka juga lebih dahulu perlu letak jawatan.

Advertisement

“Mereka-mereka ini hanyalah menghabiskan wang rakyat, sedangkan kerjanya tidak kelihatan sejauh mana,” ujarnya lagi,

Terdahulu, Hadi Awang berkata, beliau mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti pemerintah walaupun tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.

Katanya, sekiranya, penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top