BM | EN | 中文

DUN Selangor lulus usul pertahan status warta hutan simpan seluruh negeri

DUN-Selangor.png

Dewan Negeri Selangor (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 11 NOV: Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini meluluskan usul bagi menggesa kerajaan negeri mempertahankan status warta hutan simpan di seluruh negeri.

Usul dibawa Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi diluluskan sebulat suara selepas dibahaskan empat Adun iaitu Edry Faizal Eddy Yusof (Dusun Tua), Lim Yi Wei (Kampung Tunku), Datuk Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang) dan Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya).

Najwan turut menggesa supaya kawasan tadahan air dan hutan simpan dikekalkan serta dipelihara dengan baik supaya sumber air mencukupi pada masa akan datang.

Advertisement

“Ia adalah selari dengan nasihat serta ingatan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj agar kawasan tadahan air dan hutan simpan di negeri ini kekal dipelihara dengan baik,” katanya, lapor SelangorKini.

Sementara itu, Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri telah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan hutan simpan dikekalkan.

“Oleh sebab itu kita berjaya meningkatkan keluasan hutan sehingga 205,207 hektar atau 31.5 peratus dari keluasan negeri, pada masa sama 44,543 hektar hutan sudah diwarta di bawah kelas hutan tadahan air.

Advertisement

“Manakala 130,360 hektar diwarta sebagai hutan perlindungan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top