BM | EN | 中文

DUN Selangor: Adun cadang tukar penguatkuasa untuk elak salah guna kuasa

Bangunan-SUK-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 10 NOV: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadang menukar anggota penguat kuasa ke jabatan lain dalam tempoh tertentu bagi mengelak salah guna kuasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, kebanyakan kakitangan didapati bertugas di jabatan sama dalam tempoh yang lama antara 20 hingga 30 tahun.

“Kita bukan hendak tuduh sesiapa tetapi kita kena belajar daripada kes salah laku sebelum ini.

Advertisement

Azmizam Zaman Huri

“Jadi kerajaan negeri wajar pertimbangkan langkah untuk pindahkan penguat kuasa ke jabatan lain, mungkin dalam tempoh tiga hingga empat tahun sekali,” kata Azmizam, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Urus Air Selangor (Luas) Pindaan 2020 pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini semalam.

Sementara itu, Azmizam berkata penguatkuasa PBT memainkan peranan penting dalam usaha mencegah pencemaran air di negeri ini.

Advertisement

DNS semalam meluluskan pindaan enakmen Luas yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pencemar air dengan menaikkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta manakala penjara sebagai hukuman mandatori.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top