BM | EN | 中文

DUN Sabah bubar, PRN dalam 60 hari

DUN-Sabah.png
Advertisement

KOTA KINABALU, 30 JUL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini, menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ia membolehkan pilihanraya negeri (PRN) akan diadakan dalam masa 60 hari.

Shafie berkata permohonan pembubaran itu sudah diperakui Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi ini.

Advertisement

“Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah).

“Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari.

“Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak.

Advertisement

“Berikutan itu, cerita pasal apa saja angka dan nombor, angkat sana, angkat ini, DUN sudah terbubar,” katanya.

Mohd Shafie berkata, beliau kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan SPR.

Sementara itu, timbalan ketua menteri sementara Sabah Wilfred Madius Tangau memuatnaik gambar surat YDP Sabah yang menggunakan kuasanya sesuai dengan Perkara 21 (2) perlembagaan negeri untuk membubarkan DUN.

Advertisement

Wilfred berkata setiausaha DUN telah diberitahu dan mereka seterusnya telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai perkara itu.

Krisis politik Sabah mencapai kemuncak petang semalam, apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Musa turut menyiarkan foto di Facebook sebagai bukti bahawa beliau mempunyai jumlah Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Advertisement

Namun, Musa kemudiannya akur bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah telahpun dibubarkan,

“Saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat negeri ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top