BM | EN | 中文

DUN Johor zahir takziah atas kematian dua bekas ADUN

suhaizan-kaiat-speaker-dun-johor.jpg

ISKANDAR PUTERI, 13 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua bekas ahli DUN itu yang meninggal dunia Mei lepas.

Ucapan berkenaan dizahirkan Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat sebelum sesi soalan lisan pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga DUN Johor ke-14, di sini.

“Dukacita dimaklumkan Datuk Hashim Rais bekas ADUN Bukit Naning yang berkhidmat mulai 3 Ogos 1986 hingga 4 Okt 1990 telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mei 2020.

“Dukacita juga dimaklumkan Hasmuni Salim bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang juga ADUN Benut mulai 22 April 1982 hingga 12 Ogos 1986 dan ADUN Pengerang mulai Ogos 1986 hingga Okt 1999 telah meninggal dunia pada 30 Mei 2020. DUN Johor mengucapkan takziah,” katanya.

Bernama

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top