BM | EN | 中文

DUN Johor: Speaker ada hak mengundi dalam dewan

suhaizan-kaiat.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MEI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mempunyai hak dan boleh mengundi sekiranya dewan negeri itu ‘tergantung’ pada kedudukan 28-28.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat dalam wawancara khas bersama Johorkini ‘Perjalanan Sidang DUN Johor’ semalam.

“Kalau tergantung 28-28, maka Speaker boleh mengundi. Kalau tak tergantung, kalau macam biasa (wujud majoriti jelas) Speaker tak boleh mengundi, (dan) sekadar mempengerusikan.

Advertisement

“Kalau tergantung 28-28, maka ada hak kepada speaker untuk menjadi undi penentu,” kata Suhaizan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mempunyai 56 kerusi dan kini berkedudukan 29 Adun menjadi kerajaan Perikatan Nasional (PN) manakala di pihak pembangkang, 27 Adun dari Pakatan Harapan (PH).

Justeru itu, sebarang ketidaktentuan politik di negeri ini boleh menyebabkan DUN Johor tergantung.

Advertisement

Sebelum ini media melaporkan sumber dalaman Bersatu Johor memberitahu wujud usaha mengumpul tandatangan dalam kalangan Adun mereka bagi menyingkirkan speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat.

Namun sidang DUN Johor berakhir semalam tanpa perubahan dengan parti pemerintah dan pembangkang patuh kepada titah Sultan Johor untuk tidak “menyebarkan virus perpecahan dengan berpolitik.”

Dalam pada itu Suhaizan berkata tidak ada peruntukan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor bagi undi tidak percaya kepada Speaker.

Advertisement

Sebaliknya, yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor adalah undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Namun kata beliau, pelantikan Menteri Besar Johor tidak dibuat di dalam dewan dengan kuasa melantik tersebut ada pada Tuanku Sultan Johor.

“Pada penelitian Tuanku bahawa (jika) seseorang itu di kalangan ahli dewan mempunyai dan mendapat sokongan majoriti dalam dewan, atas kebijaksanaan Tuanku melantik mereka yang terbabit.

Advertisement

“Dalam dewan pula, kuasa yang ada pada ahlii-ahli dewan ialah boleh membuat usul atau rundingan tidak percaya kepada Menteri Besar. Itu hak Dewan.

“Jika rundingan itu gagal, maka Menteri Besar kekal. Tetapi jika rundingan itu berjaya, bermakna Menteri Besar tidak dapat sokongan di dalam Dewan, maka Menteri Besar diberi dua pilihan. Satu, meletakkan jawatan, dan kedua menasihati Tuanku untuk membubarkan Dewan,” kata Suhaizan.

Beliau menjelaskan, kuasa membubarkan DUN ada pada Tuanku Sultan Johor, manakala hak menasihat untuk membubarkan DUN ada kepada Menteri Besar Johor.

Advertisement

Seperti lazimnya Dewan-dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia dan Dewan Rakyat, sesuatu dewan itu perlu mengadakan persidangan dalam tempoh enam bulan bagi mengelakkan ia terbubar dengan sendirinya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top