BM | EN | 中文

DUN Johor: PKP jejas pendaftaran RFID kenderaan asing di sempadan Malaysia-Singapura

Solihan-Badri-JKR-Johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 3 DIS: Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu pendaftaran ‘Radio-Frequency Identification’ (RFID) oleh kenderaan Singapura di sini jatuh mendadak susulan penutupan sempadan Malaysia-Singapura pada 18 Mac lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata sejak penutupan pintu sempadan tiada pendaftaran RFID direkodkan.

Sebelum pelaksanaan penutupan sempadan, sebanyak 65, 471 tag RFID berjaya didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), katanya menjawab soalan Chen Kah Eng (PH-Stulang) yang ingin tahu sebab projek RFID dan Permit Kemasukan Kenderaan Bermotor Asing di sempadan Malaysia-Singapura masih belum mencapai angka yang disasarkan.

Advertisement

Mengulas lanjut, Mohd Solihan berkata pengagihan tag RFID itu dilaksanakan di empat kaunter yang dibuka di kawasan Hentian dan Rawat Pandan, Gelang Patah, Lima Kedai dan kawasan parkir Angsana.

“Inisiatif ini berlangsung dari 1 Jan 2019 hingga 18 Mac 2020 iaitu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top