BM | EN | 中文

DUN Johor pilih Ketua Umno Tanjung Piai dilantik Senator

Datuk-Jefridin-Atan-Senator-Johor-DUN-Sept-2020.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 SEPT: Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini bersetuju mencalonkan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai Datuk Jefridin Atan dilantik sebagai Senator.

Pemilihan Jefridin yang diusulkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Samsolbari Jamali, dibuat menurut Seksyen 1(2) Jadual 7 Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.

Jefridin, 52, yang merupakan anak jati Pontian berpengalaman luas dalam bidang politik dan memainkan peranan aktif menyampaikan pelbagai isu kepada agensi kerajaan.

Advertisement

Pada masa ini beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit dan Pegawai Khas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, jawatan yang disandang sejak 2001.

Beliau juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan termasuk sebagai pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi).

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top