BM | EN | 中文

DUN Johor: Kerajaan PN tiada ketentuan

Perikatan_Nasional.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MEI: Langkah kerajaan Perikatan Nasional di Johor yang tidak memanggil sidang penuh Dewan Undangan Negeri berkemungkinan menunjukkan ketidaktentuan sokongan terhadap gabungan itu di negeri ini.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata, ia juga boleh digambarkan sebagai kebimbangan PN sekiranya wujud undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Johor dari parti Umno.

“Rumusan awal yang saya boleh buat ialah, ia menggambarkan bahawa kerajaan PN Johor masih tidak berani atau tidak yakin untuk mengadakan sidang penuh.

Advertisement

“Kemungkian mereka khuatir Pakatan Harapan (PH) akan mungkin mengadakan rundingan ataupun usul undi tidak percaya kepada YAB Menteri Besar.

“Kalau kecurigaan dan ketidakyakinan mereka itu berasas, ia merupakan suatu ketidaktentuan terutamanya (berhubung) ketidakstabilan kerajaan PN di negeri Johor,” katanya dalam forum Johorkini Persidangan DUN Johor : Kerajaan Perikatan Nasional Bagai Telur Di Hujung Tanduk’ pada 12 Mei lalu.

Dzulkefly merujuk Perkara 42A Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor (1895), yang menyatakan bahawa Sultan Johor mempunyai tanggungjawab untuk melantik salah seorang Ahli Dewan Negeri yang pada pendapat Baginda mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai seeorang Menteri Besar.

Advertisement

Selain itu katanya, pada Perkara 46 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor (1895), sekiranya YAB Menteri Besar kehilangan sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Negeri Johor, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

“Persoalannya dimana kita nak mencari cara atau kaedah untuk menentukan sama ada seseorang YAB Menteri Besar itu mempunyai majoriti atau tidak dalam Dewan Negeri Johor?

“Maka jawapannya adalah melalui rundingan atau undian tidak percaya, kerana dengan undian dibuat dalam DUN selaku Dewan yang menggubal undang-undang di peringkat kerajaan negeri, ianya akan dapat menentukan sama ada seeroang yang telah dilantik oleh DYAM Sultan Johor mempunyai sokongan majoriti ataupun tidak,” katanya.

Advertisement

Dzulkefly menyorot rekod undi tidak percaya dalam sejarah demokrasi Malaysia antaranya di Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak (1976), Ketua Menteri Sarawak (1966), Menteri Besar Selangor (1976) dan Kelantan (1977).

Namun katanya, beliau yakin perjalanan sidang DUN Johor pagi in tidak akan berlaku sesuatu yang “luar biasa”.

Ini kerana katanya berdasarkan kepada kenyataan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat bahawa semua ADUN di negeri ini menghormati dan mengambil saranan DYAM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Advertisement

“(Ia) supaya menjaga keharmonian dan kemuliaan Dewan Negeri Johor,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top