BM | EN | 中文

DUN Johor: JKM adakan kempen daftar OKU terutamanya kanak-kanak pada 2022

johor-kota-iskandar.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV: Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Negeri Johor akan mengadakan kempen pendaftaran orang kurang upaya (OKU) pada tahun hadapan terutama kanak-kanak, dalam usaha memastikan kebajikan golongan itu sentiasa terjaga.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Zaiton Ismail berkata kerajaan negeri melalui JKM Johor, sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap golongan kanak-kanak OKU yang merupakan satu daripada kumpulan sasar jabatan itu.

“Mengikut rekod statistik JKM Johor, jumlah OKU berdaftar sehingga bulan ini adalah seramai 68,120 orang.

Advertisement

“la merangkumi OKU fizikal seramai 24,268 orang, pembelajaran (23,892) dan mental (6,498). OKU penglihatan pula seramai 5,450 orang, pendengaran (4,428), pertuturan (373) manakala OKU pelbagai (3,208),” katanya pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zulkurnain Kamisan (Umno-Sri Medan) yang ingin tahu jumlah terkini golongan OKU di Johor serta perancangan kerajaan negeri membantu golongan berkenaan.

Zaiton berkata kerajaan negeri akan memperluaskan promosi bagi menggalakkan orang ramai khususnya kanak-kanak OKU berdaftar segera dengan JKM negeri.

Advertisement

Katanya kempen pendaftaran juga akan mempromosikan permohonan secara dalam talian di bawah Program MyDaftar OKU untuk memudahkan lagi pendaftaran khususnya bagi OKU ketidakupayaan ketara

Menurutnya Jabatan Pembangunan OKU juga akan menambah balk Garis Panduan Pengoperasian bagi memantapkan Pengurusan Program Pemulihan Datam Komuniti (PDK).

Garis panduan tersebut merangkumi latihan dan pemulihan yang akan diberi kepada kanak-kanak OKU yang menjalani pemulihan di PM( manakala program pemulihan kepada pelatih PDK akan dimantapkan menerusi Rancangan Pembelajaran Individu (RPI) mengikut norms baharu serta prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan penyakit COVID-19.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top