BM | EN | 中文

DUN Johor diingatkan kegagalan kabinet hingga PM terpaksa letak jawatan

Aminolhuda-Hassan-Parit-Yaani-DUN-Johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 22 OGOS: Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan mengingatkan agar kerajaan negeri mengambil iktibar dari kegagalan kabinet Perikatan Nasional sehingga perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa meletakkan jawatan.

Katanya, keadaan negara sekarang seolah-olah seperti hilang keberkatan apabila pemimpin menjadi ketua melalui cara yang tidak betul, membelakangi mandat rakyat yang sah melalui instrumen demokrasi selain pengkhianatan kepada kepercayaan rakan sendiri.

“Parit Yaani ingin mengingatkan dewan yang mulia ini, sesuai dengan titah Baginda Sultan Johor, supaya pemimpin menunjukkan teladan yang baik, mendahulukan tanggungjawab kepada rakyat pada setiap masa, kerana rakyat yang memilih kita sehingga kita berjaya duduk di dalam dewan ini.

Advertisement

“Bukan memikirkan kepentingan peribadi, bukan untuk mengambil kesempatan mengumpulkan kekayaan dan tidak sekali-kali menyalah-gunakan kuasa yang ada atas kepentingan puak atau kumpulan tertentu sahaja.

“Cukuplah sejarah hitam yang tercatit di negara kita tentang bagaimana sikap dan tindakan rakyat kepada kerajaan PN baru-baru ini sehingga PM ke-8 terpaksa meletakkan jawatan di atas kegagalan kabinetnya mengurus pendamik Covid-19,” katanya dalam ucapan pada sidang Dewan Negeri Johor hari ini.

Katanya lagi, kes Covid-19 tidak semakin reda dan menghilang, malah semakin menggila dan menakutkan.

Advertisement

Katanya bilangan pesakit bukan sahaja semakin melonjak, sehingga ke angka lebih 20 ribu sehari, malah kematian harian melebihi 200 orang, seolah-olah sebuah kapal terbang Boeing 737 terhempas setiap hari.

“Hatta pelbagai PKP, PKPP, PKPB sehingga diistiharkan darurat pun tidak memperlihatkan perubahan ke arah kejayaan bahkan semakin meruncing keadaan di hospital serta klinik-klinik yang menguruskan isu pandemik Covid19.

“Kalau kita nisbahkan jumlah pesakit Covid19 dengan jumlah rakyat Malaysia: pada 20 Ogos 2021 keseluruhan kumulatif pesakit Covid-19 adalah seramai 1,513,024 orang, berbanding penduduk Malaysia seramai 34 juta orang.

Advertisement

“Bermakna, secara purata, daripada setiap 100 orang rakyat Malaysia, empat orang adalah pesakit Covid-19. Bilangan kematian pula telah mencecah 13,713 orang.

“Pelbagai kaedah, pendekatan dan cara yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan PN namun semua strategi berkenaan belum berjaya mengekang penyebaran Covid-19 sehingga hampir seluruh negara kini menjadi zon merah,” katanya lagi,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top