BM | EN | 中文

DUN Johor digesa gubal enakmen anti lompat parti

DUN-Johor-digesa-gubal-enakmen-anti-lompat-parti.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7JAN: Kerajaan Johor digesa menggubal enakmen anti lompat parti memandangkan Adun parti kerajaan dan pembangkang bersetuju memberi sokongan kelulusan pindaan enakmen anti lompat parti seperti mana enakmen umur minimum Adun diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun.

Dalam kenyataan bersama empat Adun Pakatan Harapan Johor semalam, enakmen anti lompat parti harus digubal pada sesi dewan negeri akan datang bagi memperkasakan fungsi Dewan Negeri Johor yang merupakan tunjang sistem perundangannegeri dan pembela nasib rakyat.

“Memandangkan Kerajaan Persekutuan dan parti pembangkang telah bersetuju untuk menggubal Akta Anti Lompat, walaupun ia masih belum dibentang dan diluluskan secara rasmi.

Advertisement

“Kerajaan negeri boleh memulakan kerja penggubalan rang undang-undang Enakmen Anti Lompat secara serentak supaya ia sempat dibentang dan diluluskan di persidangan DUN yang akan diadakan pada bulan Mar dan berkuatkuasa sebelum DUN Johor dibubarkan dan pilihan raya negeri dijalankan,” menurut kenyataan bersama itu semalam.

Empat Adun tersebut adalah Chew Chong Sin (Mengkibol), Chen Kah Eng (Stulang), Tee Boon Tsong (Senai) dan Datuk Seri Salahuddin Ayub (Simpang Jeram)

Tambah kenyataan itu, kerajaan Persekutuan dan PH telah memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021 merangkumi enam aspek, termasuk penggubalan Akta Anti Lompat.

Advertisement

“Menurut Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

“Sementara itu, Perkara 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan ke atas hak yang diberikan oleh perengan (c) Fasa (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagiannya,ketenteraman awam atau prinsip moral.

“Justeru itu, penggubalan enakmen anti lompat parti harus dilaksanakan atas tujuan ini.

Advertisement

“Pilihan raya negeri Melaka telah membuktikan hasrat rakyat terhadap penggubalan Enakmen Anti Lompat.

“Kami mendesak parlimen memberi keutamaan kepada pembentangan dan meluluskan usul Akta Anti Lompat demi menghapuskan halangan terhadap pindaan undang-undang berkenaan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

“Kami percaya bahawa Enakmen Anti Lompat dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi dan menjamin kestabilan politik negara. Ini juga amat penting demi memulihkan ekonomi negara kita,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top