BM | EN | 中文

DUN Johor boleh jadi contoh, letak kepentingan rakyat melebihi politik kepartian

IMG-20201206-WA0061.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 6 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor boleh menjadi contoh terbaik bagaimana ia boleh memainkan peranan berkesan dengan meletakkan kepentingan rakyat pada kedudukan paling hadapan tanpa mengira politik kepartian.

Pakatan Harapan (PH) Johor dalam satu kenyatannya berkata, dalam sebuah sistem demokrasi yang sihat, kerajaan semasa tidak wajar bersifat angkuh.

“Kerajaan harus sedar bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan rakyat boleh menolak mereka pada bila-bila masa menerusi pilihan raya.

Advertisement

“Pada masa sama, pembangkang tidak dianggap sebagai musuh tetapi pesiang yang dihormati.

“Pembangkang dalam sistem Westmister disifatkan sebagai ‘His Majesty’s Loyal Opposition’, dimana eksekutif dan pembangkang dianggap sebagai sebahagian daripada sistem kerajaan Duli Yang Maha Mulia,” menurut kenyataan PH Johor.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Aminolhuda Hassan, Pengerusi Amanah Johor yang juga Adun Parit Yaani, Jimmy Puah Wee Tse, Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor (Adun Bukit Batu) dan Tan Hong Pin, Setiausaha DAP Johor (Adun Skudai).

Advertisement

Menurut kenyataan itu, PH Johor sebelum ini diketuai Aminohuda telah bertemu Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dan membincangkan beberapa perkara untuk memperkasakan demokrasi dan menghormati pengundi termasuklah di kawasan pembangkang.

Tiga perjara dibangkitkan iaitu peruntukan sama rata kepada semua Adun, Jawatankuasa Pilihan Dewan dan penyertaan semua Adun dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah (JTPD).

“Ini adalah sejarah dalam demokrasi Johor.

Advertisement

“Bahkan, Johor telah menjadi contoh terbaik bagaimana dewan yang mulia ini telah memainkan peranan berkesan dengan meletakkan kepentingan rakyat pada kedudukan paling hadapan tanpa mengira politik kepartian,” menurut kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top