BM | EN | 中文

DUN Johor: Beban kepada Muhyiddin Yassin

muhyiddin-yassin-kdn-putrajaya.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MEI: Hubungkait rapat antara peranan di peringkat pusat di Putrajaya dan negeri di Johor akan menyebabkan tugas berat bakal dipikul oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.

Katanya, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir perlu sentiasa hadir setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan meninggalkan tugasannya di pusat.

Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru

“Bila diadakan sidang DUN, Perdana Menteri terpaksa tinggalkan segala urusan nasional, parlimen dan urusan negara. Terpaksa masuk ke DUN Johor.

Advertisement

“Kalau dia tak hadir, majoriti tinggal satu (kerusi) sahaja. Saya merasakan keadaan ini sangat tidak stabil sebab Perdana Menteri mempunyai kepentingan yang terlalu rapat dengan kerajaan negeri.

“Sebarang ketidakhadiran atau tindakan yang mungkin tidak digemari oleh ADUN di Johor akan menyebabkan kerajaan ini tumbang,” kata Akmal dalam forum Johorkini “Persidangan DUN Johor : Kerajaan Perikatan Nasional Bagai Telur Di Hujung Tanduk’ pada 12 Mei lalu.

Dalam pada itu katanya, Muhyiddin turut berdepan tugas berat menangani kesan ekonomi dan sosial akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, antaranya penurunan harga minyak dunia dan kelembaban ekonomi domestik.

Advertisement

Kata Akmal, langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang dua bulan lalu telahpun mula memberi kesan terutamanya kepada rantaian kepenggunaan domestik.

Justeru, beliau berharap Menteri Besar Johor mempunyai asas pertimbangan yang munasabah untuk tidak memburukkan suasana bulan Ramadhan dan usaha pemulihan dari wabak Covid-19 bagi bertindak untuk melakukan pertukaran Speaker DUN Johor.

“Saya khuatir, kalau negara terus diheret dengan percaturan politik Perikatan Nasional, cuba membenarkan atau memaksa pertukaran speaker itu berlaku.

Advertisement

“Bila isu politik diangkat, maka ruang perbincangan dan kupasan mengenai dasar-dasar dipinggirkan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top