BM | EN | 中文

DUN Johor: Adun Pulai Sebatang cadang bina ‘jejambat hidupan liar’ elak kemalangan dengan haiwan

wild-life-viaduct-jejambat-hidupan-liar.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 3 DIS: Konflik manusia – haiwan yang dilaporkan di habitat hidupan liar terutamanya di daerah pantai timur dan tengah Johor memerlukan penyelesaian jangka panjang.

Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman mencadangkan pembinaan “wild life viaduct” (jejambat hidupan liar) berikutan insiden yang kerap kali berlaku sebelum ini mengenai gangguan dan pencerobohan haiwan liar keatas kawasan pertanian, petempatan manusia dan laluan kenderaan.

“Ada beberapa insiden di Kota Tinggi pada tahun ini seperti berlakunya kemalangan melibatkan gajah dengan kenderaan yang melalui jalan Kota Tinggi – Mersing.

Advertisement

“Kejadian ini turut dirakam video, tular dan menerima komen dari orang ramai yang meminta agar langkah proaktif bagi menyelesaikan masalah itu dilakukan oleh kerajaan,” katanya dalam perbahasan Belanjawan Johor 2021.

Menurut Taqiuddin, laluan Kota Tinggi – Mersing diketahui merupakan habitat semulajadi mamalia yang telah lama mendiamai kawasan itu sebelum diteroka oleh manusia.

“Atas semangat “eco” bukan “ego”, kelestarian alam dan hidup bersama dan saling menghormati, maka saya ingin mencadangkan sekiranya ada rancangan dari pihak Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya bagi menaiktaraf laluan Kota Tinggi – Mersing dalam pembangunan akan datang, maka pembinaan “wild life viaduct” adalah langkah terbaik,” katanya.

Advertisement

Menurut Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (Perhilitan), terdapat beberapa spesis hidupan liar yang sering menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Antaranya tapir Malaya, kera, babi hutan dan harimau dahan dan dalam kes laluan Kota Tinggi – Mersing kemalangan yang berlaku sering melibatkan gajah liar.

Antara usaha dilakukan Jabatan Perhilitan bagi mengurangkan berlakunya kadar kematian hidupan liar ialah dengan mewujudkan “wild life viaduct”.

Advertisement

Ia merupakan kaedah jalan raya yang dinaikkan lebih tinggi berbanding jalanraya biasa bagi memudahkan hidupan liar melalui bahagian bawah “wild life viaduct” tersebut.

Ia juga berfungsi menggabungkan dua kawasan hutan bagi memudahkan hidupan liar mencari makanan di kawasan hutan bertentangan tanpa perlu melintas ke atas jalan raya.

Difahamkan semenanjung di Malaysia telah dibina di tiga lokasi koridor hidupan liar iaitu di Sg. Deka Terengganu, Sg. Yu Pahang dan di Gerik, Perak.

Advertisement

“Lantaran itu, cadangan ini dimajukan. Sekiranya wujud perancangan pada masa akan datang bagi projek naiktaraf jalan, maka pembinaan “wild life viaduct” ini boleh dipertimbangkan.

“Bukan hanya di jalan Kota Tinggi – Mersing, malah boleh digunapakai di laluan lain seperti di jalan Kluang-Mersing dan lokasi berisiko lain,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top