BM | EN | 中文

Dua wartawan Johorkini antara pengamal media terima sijil penghargaan dari bomba Johor

yahaya-2.jpg

Yahaya (tengah) bersama dua wartawan Johorkini yang menerima sijil penghargaan daripada JBPM negeri Johor sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2020 berlangsung pagi tadi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB : Dua wartawan Johorkini antara 29 pengamal media cetak dan elektronik di negeri ini menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2020 yang berlangsung, hari ini.

Wartawan berkenaan adalah Siti Nabila Ahmad, 27 dan juga Masturah Suradi, 31 masing-masing menerima sijil berkenaan pada majlis yang disempurnakan Pengarah JBPM negeri Johor, Datuk Yahaya Madis di Ibu Pejabat JBPM negeri Johor.

Pada majlis sama, Yahaya turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lima orang awam, lima agensi luar serta dua pegawai bomba.

Advertisement

Dalam pada itu, Yahaya berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan berkenaan kepada pengamal media yang selama ini menjadi rakan penting kepada bomba.

Yahaya merakam gambar bersama penerima sijil penghargaan daripada JBPM negeri Johor sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2020 berlangsung, hari ini.

Katanya, pihak media elektronik mahupun media cetak telah memainkan peranan yang begitu signifikan didalam menyebar maklumat dan berita kepada pihak awam.

“Mereka merupakan penghubung utama dalam memperluaskan hebahan informasi berhubung tugas-tugas dan tanggungjawab kebombaan.

Advertisement

“Saya bagi pihak jabatan ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada setiap pihak pengamal media yang telah banyak memberi jasa dan sumbangan kepada organisasi ini,”katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut.

Tambahnya, tidak dilupakan juga kepada agensi-agensi lain yang membantu jabatan dalam menangani pelbagai insiden pada tahun 2019.

Disamping itu juga katanya, jabatan turut menghargai jasa, pengorbanan dan keberanian luar biasa yang telah dipamerkan oleh beberapa individu dengan bergadai nyawa bagi menyelamatkan dan memindahkan mangsa banjir tahun lalu.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top